Kontrak Jual Beli
- Adiratna Wira
- Dec 4, 2016
- 1 min read

Ada tiga (3) elemen rukun yang penting di dalam jual beli.
(1) Dua pihak yang berkontrak - penjual dan pembeli
(2) Barang jualan dan harga (atau kadar bayaran)
(3) Ijab dan Qabul
Apabila adanya pembeli dan penjual, barang jualan dan harga tertentu serta serah-menyerah berdasarkan harga tertentu, maka kontrak itu menjadi sah.
Namun demikian, ada syarat pada elemen rukun-rukun berkenaan.
Jika satu pihak, pembeli misalannya, gila, maka kontrak tersebut perlu difasakhkan kerana orang gila tidak layak berkontrak. Demikian juga jika barang dagangan adalah barang curi, maka, jualan berkenaan adalah fasid atau rosak. Kontrak secara paksa, seperti filem Do Re Mi yang menjual berus gigi juga adalah fasid dan wajib diungkai kecuali mendapat kebenaran pemilik sebenarnya.
Comments