top of page

Dua (2) Program Iktiraf Usahawan Sosial

  • Berita Harian
  • Dec 8, 2016
  • 1 min read


Kerajaan akan melancarkan dua program penanda aras bagi mengiktiraf sektor keusahawanan sosial iaitu usahawan menggunakan platform online yang semakin berkembang di Malaysia.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata program itu ialah pensijilan keusahawanan sosial dan insentif pemerolehan social.


Katanya, semua program berkenaan akan menyediakan manfaat dan insentif serta penghormatan untuk usahawan sosial.


"Kedua-dua program ini juga adalah sebahagian daripada sasaran untuk mewujudkan 1,000 usahawan sosial menjelang 2018, seperti yang pernah saya nyatakan ketika melancarkan Pelan Induk Usahawan Sosial Kebangsaan pada Mei 2015.


"Program pensijilan ini akan memanfaatkan kira-kira 500,000 individu B40 menerusi kerja usahawan sosial ini. Pensijilan ini akan diperkenalkan oleh MaGIC bermula Jun tahun depan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sidang kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2016 dan Komuniti Keusahawanan Global (GEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi.


Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan mengumumkan dua inisiatif strategik bagi memperkasakan sektor keusahawanan negara yang diletakkan di bawah pengurusan MaGIC.


Katanya, program itu iaitu Program Pemacu Global akan menyokong sembilan kluster di GEC dalam membina usahawan generasi akan datang dan Cabaran Impak ASEAN, bertujuan membimbing bakat global menyelesaikan masalah yang melanda komuniti ASEAN.



Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
HUBUNGI KAMI

Tel: 03 - 8740 6205 | H/P: 019 -  269 2178

E-MEL KAMI
WAKTU URUSAN

Setiap Hari: 9:00 pagi - 9:00 malam

LAWAT KAMI

Like! kami di Facebook dan lawat kami di Instagram. Klik di sini!

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Instagram Social Icon
DISCLAIMER

Setelah semua usaha dibuat bagi memastikan semua maklumat adalah tepat pada masa ia disediakan, kami tidak bertanggungjawab atas apa jua kerugian, kemalangan atau kerosakan disebabkan dari maklumat dari laman ini.

© 2013 by Nautilus Design. Produk berkualiti Adiratna Wealth Resources. Rekabentuk dengan Wix.com

bottom of page