7 Langkah Kursus Kewangan Kilat
- Adiratna
- Dec 7, 2016
- 1 min read
" Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah kanan pertama"
- Confucius -
Mari ambil langkah pertama di dalam perjalanan kebebasan kewangan kita.

LANGKAH #1
MENENTUKAN KEDUDUKAN KEWANGAN SEKARANG
Peringkat ini memerlukan dua (2) ukuran:
(a) Nilai Bersih ( Aset - Liabiliti ) anda samada positif atau negative;
(b) Alir Tunai Bersih ( Pendapatan - Perbelanjaan ) anda samada positif atau negatif
LANGKAH #2
MENETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN
Mengenalpasti (dan tulis) matlamat / wawasan kewangan anda. Contoh:
(a) Menyelesaikan semua hutang kad kredit dalam tempoh 12 bulan;
(b) Membuat tabung pendidikan anak sehingga mereka berusia 16 tahun; dan
(c) Menyimpan untuk modal perniagaan pada tahun 2020.
Tulis. Ia adalah penting. Jika tulis, kita lebih komited.
LANGKAH #3
RANCANG PENCAPAIAN ARAH TUJU
Rancang cara untuk capai matlamat yang telah ditulis. Misalnya, potongan auto debit RM200 ke akaun kad kredit setiap bulan. Komited laksanakannya.
Sebarang pelan yang dirancang perlu fleksibel, mudah cair dan bijak cukai.
LANGKAH #4
SIMPAN REKOD
Ia adalah mustahak kerana:
(a) Lambat laun rekod ini perlu digunakan untuk taksiran cukai atau permohonan pinjaman;
(b) Ia adalah kawalan aliran wang tunai kita; dan
(c) Sebagai perbandingan kepada langkah seterusnya iaitu belanjawan anda.
LANGKAH #5
SEDIAKAN BELANJAWAN
Pada permulaan, belanjawan anda hamper sama dengan rekod aliran tunai anda tetapi pastikan ia tinggal sejarah pada tahun-tahun yang berikutnya. Jadikan ianya rujukan untuk apa yang anda rancang untuk berbelanja.
LANGKAH #6
BAIKPULIH HUTANG PIUTANG
Sukar untuk tidak berhutang pada zaman ini. Namun begitu, kawal dan uruskan hutang anda dengan teknik pinjaman semula (refinancing), menggunakan kad debit sebagai ganti kad kredit dan menggabungkan hutang anda kepada satu blok kredit ( debt consolidation) .
LANGKAH #7
PEMANTAUAN
Peringkat ini merupakan pengulangan Langkah 1 hingga 6. Kritik prestasi anda serta betulkan sebarang pemesongan yang mengancam matlamat kewangan anda.
Selamat Berjaya!

Comments